Tiada Yang Lebih Indah
Selain Ciptaan Yang Maha Esa...
Tiada Tandingan Ciptaan-Nya... Kita tidak mampu mencipta seperti Nya tetapi kita mampu untuk memelihara dan menghargainya..SELAGI masih ada HARGAILAH ia sebelum terlambat...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Aku nak perkenalkan identiti kawasan rumah aku.eh silap..rumah mak aku..heheh..Tapi sebelum tu aku nak perkenalkan diri aku dulu...Nama aku Zehan... aku anak jati Selangor... Tapi kalu nak ikut asal usul, aku ni keturunan suku Mendeleng Toksoran...orang kampar...Nenek aku la yang asal Indon... Indon belah Sumatera Barat(Pasaman kalu aku tak silap)....
Tapi nasib baik nenek aku bijak.. Zaman jepun lagi dia dan bapak dia lari kat Malaysia.. Nenek aku cerita masa zaman Jepun dulu susah..
Aku ni rapat jugak ngan nenek aku.. banyak jugak yang dia cite mengenai asal usul keturunan kami...Dulu orang Mendeleng ni rajin bertani...tapi sekarang tidak lagi...
Kampung aku Di Batang Kali, Selangor.. Ala dekat ngan Ulu Yam tu...Batang Kali ni terletak di Daerah Hulu Selangor dan dekat ngan Genting Highlands....
Inilah di antara pemandangan paling berharga tak akan aku lupakan... ini semua mak aku yang tanam... mak aku seorang penggemar hiasan pokok bunga terutama sekali pokok2 hiasan hijau...
Mak aku rutinnya apabila waktu pagi akan pergi keluar rumah dan dia akan lihat semua hasil tanamannya...terutama sekali semua pokok2 bunga kesayangannya...hehehe... aku tak tahu pun nama2 pokok2 bunga ni... sori tak dapat nak nyatakan...
Mak aku ni seorang yang tak boleh duduk diam.. ada je aktiviti yang dia lakukan....samapaikan dia boleh buat duit dari hasil tanamannnya...
Mak aku banyak meluangkan masa lapangnya dengan menanam pokok... Mak aku cakap bila dia buat ni semua, dapat menenangkan pemikiran dia..Dia suka tengok apabila semua tanamannya membesar di hadapan mata.. Tapi memang benar.. aktiviti menanam ni terapi minda... Selain menyihatkan mata yang melihat... so kawan2 jom la kita tanam pokok....
Apa yg korang tengok kebanyakannya pokok keladi kan?? banyak khasiat kat pokok2 keladi ni.. ada jugak yang berbahaya kalu terpegang pasti gatal.. tapi kalu badan kita kena apa2 sengat dari lipan ke, lebah ke atau semut ke.. ambil keladi yang gatal tu letak kat tempat gigitan yang disengat serangga tu.. konform lega dan xgatal lagi... mcm aku cakap td aku tak kenal bunga keladi yang mana satu untuk tujuan itu.. tak pe.. nanti aku tanya ye kat mak aku tu..
Aku ada tanya ngan mak aku dari mana dapat semua pokok2 bunga ni.. mak aku cakap ada yang dapat dari jiran2, ada dari orang yang entah mana nak tukar2 pokok bunga ngan dia, ada yang beli kat pasar tani dan ada yang mak aku dapat masa kat semak time cari pokok pucuk paku... dan ada dapat dari belukar kat kawasan rumah nenek aku kat kg Genting Malik tu...
Sebenarnya nak tanam semua pokok bunga ni bukan susah pun.. janji kena ada minat.. mak aku memang akui sesetengah pokok yg dia tanam ada yang ambil masa bertahun2 untuk dapatkan anak benih, walaupun dah macam2 baja dah letak.... nak tahu baja apa yang dia letak??? okla semuanya yang berasaskan bahan buangan dari
dapur dan sekeliling rumah mak aku.. contohnya, bila mak aku basuh beras tu, dia tak buang air basuhan dari beras tu. Dia akan kumpul 3 kali air basuhan beras tu... kalu cuci ikan pulak, air cuci ikan itu mak aku kumpul dan akan simpan dan perapkan kat dalam tong besar..pastu.. dalam seminggu baru siram kat pokok.. ha...itu kan teknik biomas.. cara lain pulak bila mak aku beli apa2 sayur coth: bayam, sawi...etc.. kalu mana2 batang yang tak masuk dalam masakan tu mak aku blender dan siram hasil blender tu kat pokok.... mak aku ni kreatif dan jimat kan????.dan kalu mak aku bakar sampah daun ke mak aku ambik tanah hitam dari tempat pembakaran tu... depan rumah mak aku ni ada pokok rambutan yang rimbun.. so, tak yah susah cari daun gugur nak bakar.. cara alternatif yang lain pulak kalu ada taik kambing atau ayam tu, mak aku cakap jangan terus letak kat pokok.. sebab nanti pokok akan mati sebab taik kambing/ayam yg fresh tu panas... cara mak aku dia akan ambil tanah lain gaulkan dengan taik tu... dan biakan seminggu.. lepas seminggu baru letak kat pokok..
Hahhhhh nampak susah kan???hehhe aku minat tapi tak de masa la nak buat... yela keje makan gaji lagi...tak pela suatu hari nanti aku pun akan mewarisi apa yang mak aku buat sekarang ni.. rugi kalu keindahan ni pupus...Sebenarnya banyak manfaat kalu buat semua ni... yg paling penting bila aku BANGUN DARI TIDUR AKU DAPAT LIHAT KEINDAHAN MEMUKAU YANG TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT....LAGI YANG PALING PENTING PAGI2 LAGI AKU DAPAT HIRUP UDARA YANG SANGAT SEGAR !!!!! KAT BANDAR ADE KE????? Renung2kan lah...
Aku sangat beruntung sebab Allah anugerahkan aku mempunyai mak yang rajin dan penyayang... !!!! Semoga Allah membalas semua jasa dan pengorbananmu itu!!! amin...
Allah menciptakan langit dan bumi supaya kita ambil pengajaran kepada setiap ciptaan-Nya.. renung2kan semua...
Kalu sesiapa tak tahu lagi ini buah pulasan.. Aku yang jolok.. Dapatlah 1 plastik.. Walaupun Tak banyak tapi cukuplah makan untuk 5 orang... penat tu jolok...sakit tengkuk tu.. mana taknya galah susah nak dapat kat kawasan taman mana ada buloh..Mak aku cari buloh kat Kampung Genting Malik tapi galah pendek. Bawak balik ngan kereta. buloh2 tu mak aku cantum dan ikat supaya jadi panjang...tapi kene hati2 skit sebab buloh yg disambung2 tu tak tahan.. alhdlh aku selamat lgi... hehehhe mak aku memang kretif...
Inilah pokok pulasan tu.. kat pokok tu rumah jiran aku... rumah mak kau ni kawasan tanah lot. Ada la keliling untuk tanam pokok. Tapi jiran aku ni dah transform umah dia jadi rumah batu dan dah guna seluruh tanah dia buat rumah batu.. rumah mak aku rumah papan + batu kat bahagian dapur...
Depan rumah mak aku ada beranda... dan ada tanah lapang untuk parking satu kereta.....
Ha tengok tu...bebudak ni main masak2 kat bawah pokok rambutan....Best kan...
Yang ni pulak Kitorang pergi kebun kat Kampung Kuantan nak jolok buah manggis... Nampak tak kereta Alza merun tu.. Mak aku sedang sambungkan galah nak jolok buah manggis
Mak aku memang berbakat menjolok buah manggis ni... Kitorang menjolok gilir2 lepas mak aku dah penat menjolok baru giliran aku pulak.. Manggis yang dikumpul itu untuk dijual.
Manggis yang kami jolok dapat dua bakul...
Semua hasil ni akan dijual depan rumah mak aku.. Tapi sebelum tu mak aku akan ikat dulu manggis2 ni
Nilah rupanya selepas manggis tadi diikat...